Thursday, September 24, 2009

mungkin inilah hikmahnya

"SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA"

Kata2 itu pasti seringkali kita dengar tatkala ingin memujuk rakan yang menghadapi dugaan n ujian. Tapi, ia bukan sekadar untuk menenangkan bahkan kata2 itu adalah kebenaran yg tidak perlu kita ragui.

Baru diri ini tersedar ada hikmah di sebalik perpisahan dan pergaduhan yang pernah berlaku. Walaupun kehilangan rakan yang amat disayangi, tapi, Allah telah mengurniakan ramai rakan yang lain kepadaku. Malah, rakan2 lama pun telah dapat dihubungi. Terasa kenikmatan tatkala dapat berhubung semula dengan rakan2 lama, dapat berjumpa dengan rakan yang berpindah sekolah. Terasa hilang semua kesedihan yang dialami. Tapi, diri ini tidak pernah berputus asa, sentiasa berharap yang rakan yang amat disayangi itu menerima kembali diriku ini.

25 september 09

memang terasa best kalau dapat beraya ngan orang yang kita sayang
dalam konteks nie, kawan2 okey.
bukannya 'gf", 'bf', or apa2 je yg sewaktu dgnnya.
wlaupun pegi umah bape buah je, tapi terasa gak ksronoknnyerr
rse cam tiap2 thn nk gi braya ngn diorg lg
n rse mcm nk jdkn beraya sma2 nie sbgai amln tradisi smpai la ke tuaaa.
dah merepek.

kalau bole nk gak wat 'reunion' ke,
nk gak gi umah dila, makan2 sume tu
tp, esk de org nk dtg
xkesmpaian laa nmpknyaa
sorii tau dila.

Wednesday, September 23, 2009

bayangan semalam

assalamualaikum..
selamat menyambut aidilfitri..

Kadang2, dalam kita berseronok menjalani kehidupan kita, pasti akan ada elemen 'flashback' dalam minda kita. Kadang2, bila kita mahu melupakan semua kepahitan silam, pasti kenangan itu sentiasa mencucuk-cucuk minda kita untuk kita terus mengingatinya. Ada kenangan yang pahit, lucu, sedih, gembira dan manis. Tapi, yang sentiasa melekat di minda pastinya kenangan pahit dan sedih. Malah tidak kurangnya, ada di antara kita yang mungkin pernah mengalami episod hitam dalam hidup. Kebiasaannya, perkara sebeginilah yang menghantui minda kita dan adakalanya kita melakukan perkara yang sama sekali lagi. Ada kalanya kenangan2 seperti ini melunturkan semangat kita, azam kita untuk terus maju ke hadapan.

Kadang2, bila kita mengimbau balik sejarah lama, mungkin kita akan rasa diri kita nie dangkal, xberfikir dengan waras dan pelbagai lagi perkataan yg seumpama dengannya. Termasuklah penulis blog ini. Terasa bodohnya diri ini saat di tingkatan 1, 2, 3 dan awal tahun 2009. Senangnya diri ini leka dihanyut oleh aliran elektrik syaitan yang sentiasa mengalir setiap masa untuk menyesatkan manusia. Pemikiran dan hati pada ketika itu pastinya dikawal oleh syaitan dan juga nafsu. Mungkin bagi anda berkawan rapat tanpa batasan, bergaul mesra, saling menghubungi tanpa ada sebab musabab yang konkrit dan bercakap perihal perkara yang tidak berfaedah dengan lelaki yang bukan mahram adalah perkara yang biasa. Dan mungkin juga bagi anda 'couple' itu hanya perkara biasa yang silih berganti dalam hidup anda.Tapi, tahukah anda yang semua itu telah melampaui batasan syarak???!Penulis sekarang nie pun dalam proses pembelajaran dan pembaharuan diri sedikit demi sedikit. Setiap orang perlu berubah dan melakukan perubahan dalam hidup. Apa yang saya katakan nie adalah dalam konteks hubungan antara lelaki dan perempuan.


*Jadikan cabaran dan dugaan sebagai peluang dalam hidup

tarikh2 penting

6 januari
18 januari
26 januari
11 februari
2 mac
8 april
26 mei
2 jun
9 jun
11 jun
14 jun
5 julai
6 julai
14 ogos
16 september
22 september
18 disember

*setakat nie, tarikh2 nie yg ada kepentingannya yg tersendiri

Friday, September 18, 2009

hanya kenikmatan di dunia sahaja

assalamualaikum..

memang x dapat dinafikan rasa best bila berhubung dengan orang yang dah lama x bersua.
terlalu banyak perkara yang ingin dikatakan, ingin dikongsikan.
terlalu banyak perkara yang ingin ditanya, ingin diketahui.
tapi, kadang2 apa yang kita bicarakan kebanyakannya tidak berfaedah sama sekali
namun kalau orang itu adalah bukan mahram kita, adakah kita akan rasa kenikmatan berhubung dengannya?
ye, memang kita akan rasa best, raa seronok berhubung dengannya.
tapi, itu semua hanya di dunia sahaja dan hanya sementara sahaja.
di akhirat kelak, bagaimanakah nasib kita?
jadi, ambillah tindakan untuk berhenti daripada menghubunginya.
atau bicarakanlah perkara2 yang penting sahaja.
bukan bermakna kita ingin memutuskan persahabatan.
tapi, ini untuk kebaikan masing2.



SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1430H

Saturday, August 8, 2009

Wednesday, July 8, 2009

hormati yg tua, sayangi yg muda

kalau kita xsuka atau xbersetuju dgn pndpt seseorg tu,
sekurang-kurangnya, tolong laa hormati pandangan n idea org tu
terutamanya kalau org tu lebih tua drpd kita
janganlah pula kita nak mencarut xtentu pasal
kang xpasal2 dpt dosa free2 je

sedar x yang org tua laa yg lagi byk pnglmn
yg lg byk ilmu yang tersemat di dada mereka
kita nie sapa?baru nak kenal dunia
baru nak tau arus kehidupan
jadi, layakkah kita mengutuk pndpt org tu??
siapa kita utk mengutuk, mengeji dan menghina idea dan pemikiran dia??
sudah semestinya la dia ada fakta2 yg dpt menguatkan lagi pndgnnya
bukannya dia membuat pndgn mengikut perasaan
sudah pasti dia telah memikirkan pro n kontra bg sesuatu pndptnya!

hormati yang tua, sayangi yang muda



Friday, July 3, 2009

setahun sudah lame berlalu

-tiada apa-apa perubahan-
-mungkin kena tunggu setahun lagi-

i miss you

-SSS-
-HEPI BELATED BIRTHDAY!-

Sunday, June 28, 2009

think positive

memalukan tapi menyeronokkan
segan tapi nak lagi

Sunday, May 31, 2009

tomorrow n tomorrow

-hanya menanti saat itu-
-perasaan; xpercaya, xsbr2, takut-
-jage diri baik2,k-

Friday, May 29, 2009

di luar jangkaan

ingatkan dia camni
rupa2nya dia camtu

saya tengah cuba untuk menerima hakikat ini
saya tidak khuatir pasal diri saya
tapi, saya bimbang pasal kamu
saya takut kamu tidak dapat menerimanya
sedangkan pada saat ini kamu gembira dengan perasaan itu
apa yang perlu saya buat?
adakah saya perlu berdiam diri, berlakon seperti saya tidak mengetahui apa2?
atau saya perlu berterus-terang dengan kamu?
saya keliru untuk memilih jalan yang terbaik buat kamu

apa yang dapat saya katakan,
jangan mudah menyukai seseorang tanpa mengetahui perasaannya terhadap kamu
jangan mudah perasan dengan tingkah laku seseorang yang pada zahirnya kelihatan menyukaimu
tidak semestinya dia menyukai kamu
mungkin itu hanya ilusi kamu sahaja
atau perasaan kamu sahaja




-buangkanlah perasaan dalam hati kamu itu atau kamu akan terseksa dengan perasaan kamu itu-

Thursday, May 28, 2009

Tuesday, May 26, 2009

TODAY

¬hepi besday!¬
-26 MAY 2009-

Sunday, May 3, 2009

untuk awak

Saya memang suka awak. Dah lama saya suka awak. Tapi awak yang macam x suka kat saya. Saya dah buat macam2 dah supaya awak suka saya. Tapi, awak masih jual mahal dengan saya. Saya xtau la kenapa awak xnak layan saya. Teruk sangat ke saya nie? Dengan ex awak, awak layan pulak. Kadang2 saya rasa benci ngan awak. Malas saya nak tackle awak lagi. Tapi, saya xboleh buat macam tu. Sebab awak salah satu daripada impian saya. Saya sayang sangat2 ngan awak. Jadi, saya cuba, cuba dan cuba untuk terus tackle awak. Tapi, hanya sekali je saya berjaya. Dan selepas hari itu, awak berperangai macam dulu. Bila saya contact awak, awak layan macam nak xnak je. Pening saya pikir pasal awak nie. Tolong la saya, awak. Saya betul2 sayangkan awak. Saya betul2 cintakan awak. Boleh dikatakan tiap2 hari saya contact awak. Tapi, apa hasil yang saya dapat daripada awak? Nothing! Xpe la, awak. Saya akan cuba dan terus mencuba lagi. Harap2 awak pun akan suka dan sayang saya gak. Nanti saya nak jumpa awak tau. Xlama lagi je. Sebab tu saya harap awak akan balas cinta saya nie. Tolong la saya, awak. Saya nak tingkatkan markah ADD MATH saya dalam MID-YEAR EXAM nie.

Friday, April 24, 2009

aku mahu memelukmu
seerat yang mungkin
meluahkan apa yang kurasa
apa yang kualami
dan apa yang terjadi
namun itu semua hanyalah
mimpi yang amat sukar menjadi realiti

aku mahu bertanya
apa salahku
apa dosaku
sehingga dirimu benci
akan diriku
pada suatu ketika dahulu
namun kau hanya membisu
dan terus membisu

aku ingin
mengadu padamu
meluahkan dan menceritakan
semua yang terjadi
namun jarak memisahkan kita
dan aku hanya pendam semua itu
di dalam hati

aku ingin menjadi sepertimu
yang kelihatan ceria dan gembira
pada zahirnya
dan aku berjaya melakukannya
namun hakikatnya
kadangkala hatiku menangis

aku mahu menjadi
seorang yang baik sepertimu

seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi
namun aku tidak berjaya
kerna aku bukanlah

manusia yang baik sepertimu

Wednesday, April 15, 2009

kanan,kiri,kanan

*orang kata, kalau nak melintas, kena toleh kanan, toleh kiri, toleh kanan dan kemudiannya barulah boleh melintas
*''bestnya kalau aku accident''
*itulah yang aku harapkan. Dan atas pengharapan atau keazaman itu, aku pun main lintas jer;tidak menggunakan formula melintas yang betul
*tapi, azam aku tidak tercapai;cuma hampir-hampir tercapai
*kan bagus kalau tercapai :d

Monday, April 13, 2009

tiba2 jerr ohh..

assalamualaikum..
semalam..iaitu 12 APRIL 2009..aku borak2 ar ngn my sis..dier citer psl siswa2 yg wjud kat U dier..n siswa2 yg admire dier..then, biler dier dh abis citer sume2 tu, tibe2 jerr dier tye kat aku..bleh plak dier tye..ade x laki yg ske kat aku..haihhh..terkjut aku!tp, still control laa keterkejutan aku..haha..aku pun ngn slmba jwb x..haha..fuhh..nsib baik dier xtye lbih2..slmt aku..ehh..pe yg slmtnyer?ader ke org yg ske aku?hahaa..perasannnn je lbihh..aku ske kat org ader laa..haha..then, tkr topic lainn..pastu, tibe2 je aku terpk cam nk bgtau dier je pe yg aku hadapi..aku pk, pk n pk..but i didn't get the answer..biar je laaa..tutup buku lama, bukak buku baru, xgitu?tp, nk tutup buka lme tu..pyh gilerr arr..mngmbil mse yg terlmpau lme..berzmn2..insyaAllah, xlme lg buku baru tu akan terbuka sedikit demi sedikit dan buku lama itu akan tertutup sedikit demi sedikit..tutup buku lama xbermkna kite akan trus lupee sejrh2 silam..mungkin akan trus mngingati ttpi tidak akan mngulanginya..maybee..papepun, buku lama yang akan bernafas seiring ngan kehidupan kite..buku lama ibarat bayang2 yg akan sntiasa mengekori kite..biarkan byg2 itu mngekori kite..aslkn kite tidak akan bergabung atau bersatu ngn byg2 itu..(mule merepek.. :D)


hari ni pulak..13APRIL 2009..best gak ari nie..first, sbb kwnku dpt hadiah..second sbb kwn aku ckp ngn aku..
yaaaahoooooooooooooo!alhamdulillah..nie laa yg aku nnti2kannyer slma niee..akhirnya dimakbulkan jua oleh DIA..

Thursday, April 9, 2009

harapan

-harap terpilih-
-insyaAllah-
-belum tahu lagi-
-tapi, harap2 terpilih la :d-
-sangat2 mengharap-
-akan diketahui tidak lama lagi-
-sabar-

Friday, April 3, 2009

alahai

bongok betul budak yg bernama Nadzirah bt Ahmad nie. Soklan math yg senang tu pun leh dpt 85% je! org lain leh dpt 100% tau x!isyhh..akhirnya kertas math tu aku buang ke dlm tong smph!haha

Saturday, March 21, 2009

setengah jam tadi????!

Menggeletar saya. Menggigil kepala lutut saya; sampai sekarang.

"Bila kena masuk?''
"Baru je tadi; setengah jam"
"Ishh..ishh..ishh..siang2 pun berani masuk"
"Tak sabar nak tunggu malam!"

Kemudian..seorang anggota polis datang ke rumah ayah saya.

"Saya polis. Nak check kot2 ada lalu sini ke tak"
"Bila terjadi?''
"Baru je tadi; lebih kurang setengah jam la. Tadi ada ternampak beg kat bawah tu. Tu yang nak check nie; kot2 ada pulak barang lain yang ditinggalkan"
"Dah check kat loteng rumah tu?"
"Dah check semua dah. Takde orang"
"Apa yang dia dapat?"
''Europe..US..''
"Tiga orang ek?"
"Ya; tapi seorang dah dapat dah"
"Ooo..dah bawak la"
"A ah..Baru je..Saya nie pun baru dari sana la"

Berita terkini
Pandan Perdana-3 orang penjenayah telah berjaya memecah masuk sebuah rumah yang bernombor 7 di Jalan Perdana 2/16(maybe laa.. :d) Didapati mereka telah berjaya mengambil beberapa wang Europe dan US Dolar, sebuah laptop mangsa dan juga jam tangan Rolex milik mangsa. Menurut sumber yang boleh dipercayai, mangsa tiada di dalam rumah semasa kejadian berlaku. Pihak polis mengandaikan penjenayah-penjenayah terbabit telah lama memerhatikan rumah itu. Yang mengejutkan, penjenyah-penjenayah terbabit bukan pendatang asing, sebaliknya rakyat tempatan, iaitu bangsa Cina. Walaubagaimanapun, pihak polis telah berjaya memberkas seorang penjenayah lantaran daripada tindakan pantas jiran mangsa terbabit menelefon pihak polis. Namun demikian, pihak polis sedang berusaha mencari dua orang penjenayah yang dapat melarikan diri.

FAKTA
Budak perempuan yang berumur 16 tahun masih lagi dalam ketakutan walaupun bukan rumah keluarganya yang dimasuki pencuri. Budak tersebut bernama NADZIRAH BT AHMAD..

'Camne la aku nak tido malam nie. Takut aku'




Friday, March 20, 2009

semangat baru

Semangat baru??!haha. Ia-ia je. Eh, betul la! Gelak pulak dia. Isyhhh..xbaik tau!
Cuti kali nie, bukan cuti yang sia2. Rasa macam xbuat pape je. Tapi, sebenarnya buat 'pape' tu.
Banyak perkara yang dipelajari melalui cuti sekolah kali nie.
Ingatkan dah paham betul2 tentang semua perkara, rupa-rupanya banyak yang kurang, banyak yang xpaham.
'Rupa-rupanya, aku jahil sebenarnya'
Ingatkan masalah saya paling teruk dan besar di dunia, rupa-rupanya ada lagi perkara yang lagi teruk dan besar.
'Kakak tu lagi la hebat ujiannya. Tapi, kenapa dia boleh sabar dan tabah?Aku yang baru diuji macam nie pun dah mengeluh sana, mengeluh sini. Hmm.Kalau kakak tu boleh hadapi dan boleh selesaikan masalahnya, kenapa aku xboleh?Kenapa aku xboleh nak tabah dan sabar dengan ujian nie?Ujian kakak tu lagi besar. InsyaAllah, aku boleh laluinya. Dan harap2, awak pun boleh menghadapinya. :d Be a strong person even i know it's hard; very hard.'
Ingatkan borak-borak ngan lelaki pasal perkara yang xberfaedah dan yang x penting, boleh. Rupa-rupanya, xboleh.
'Ooo..kalau borak ngan lelaki yang dibenarkan ialah kalau bersembang pasal pelajaran atau atas sebab2 yang dibenarkan, macam dalam perniagaan, pekerjaan, persatuan dan sebagainya. Baru aku tau. Camtu ek. Ok2. Lepas nie, xnak ar borak2 lagi ngan diorang pasal perkara2 yang xberfaedah. And insyaAllah, aku akan jaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan.'
Ingatkan senang nak lupakan seseorang, rupa2nya susah jugak kan. Bukan susah jugak, tapi memang susah pun.
'Aku kena kuat untuk lupakan dia. Aku perlukan kekuatan daripadaMu, YA ALLAH. Sekiranya ditakdirkan kami bertemu jodoh, Kau satukanlah kami, tanamkanlah perasaan cinta kepadaMu di dalam hati kami. Tetapi, sekiranya memang sudah tertulis dia bukan jodohku dan aku bukan jodohnya, Kau jauhkanlah kami dan Kau bantulah kami untuk saling melupakan dan untuk saling menjauhi antara satu sama lain.'



Jadi, sekarang nie saya akan cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. InsyaAllah. :d






sekolah

Assalamualaikum..Hmm..Lagi dua hari sekolah akan dibuka semula. Tiada lagi cuti untuk para pelajar. Tunggu la akhir bulan 5 nanti ek. :dTakutnya! Keputusan Ujian 1 akan diketahui. Apa la agaknya keputusan saya tu. Hmm..Pasti ader yang fail. Ape lagi kalau bukan ADD MATH. Tapi, harap-harapnya, semua markah ok la. :d

Rasa macam sekejap je cuti, padahal 9 hari cuti sekolah. Banyak perubahan yang berlaku semasa cuti sekolah nie. Kalau sebelum cuti nie, jarang online, tapi masa cuti nie, beria-ia je online; berkobar2. haha. Tiap2 hari pasti akan online. Xkira la waktu pagi ke, petang ke, tengah hari ke, malam ke. Pasti tangan nie akan melekap pada mouse. Xpernah miss. :d

Yang tinggal di asrama, akan balik semula ke asrama masing-masing. Belajar elok2 tau kat sana. Semoga menemui kebahagiaan yang dicari. haha :d Semoga berjaya dalam peperiksaan yang bakal berlangsung. Kitorang dah exam dah. hehe.. :D


Wednesday, March 18, 2009

ditagged oleh yana

1.Anda rasa anda hot?
oohh, tidak..*nonono*


2.Upload gambar kegemaran anda.







3. Kenapa anda suka gambar ini?
sbb sy ske mkn seafood..haha..


4. Bila kali terakhir makan pizza?
ntah..xingt..dh berzmn ar xmkn..boikot! :d


5. Lagu terakhir yang anda dengar?
ntah laa..mcm2..hehe.


6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
gi web iluvislam.com


7. Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan aper?
anak first ;p


8. Tag lagi 6 orang dengan hati terbuka tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak nak kena denda mandatori.

nme org2 tu adlh rhsiaku ;p

-?
-?
-?
-?
-?
-?



9. Saper no. 1- kepada anda?
kawan sy :d


10. Orang no 3 - ada hubungan dengan sesiapa?
ngn saudara sesme ISLAM.. :d


11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang no. 5?
plz pray for me :d thnxx

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4 ?
jgn asyik on9 je..hehe..

13. Siapakah orang no. 2 ?
my friend :d

14. Bagi pesanan anda pada orang no. 6 ?
nnti aku call ko ekk.. :d

Sunday, March 15, 2009

permohonan sudah diluluskan :d

Alhamdulillah. Permohonan sy dh diluluskn. Bukan permohonon pindh skolah ye. Tp, permohonon delete account ms. :d Biasanya proses tu akan diluluskn dlm tempoh yg agak lme, seingt sy la. Tp, rupe2nyer ari nie pun dh settle. Syabas sy ucapkan kpd ms kerana merealisasikan permohonan sy secpt yg mungkin. haha :d Sy hrp xde la insan2 yg akan ikut jejak langkah sy nie. :d

surat utk awk

Assalamualaikum,
Awk, pe kaba?Rsenyer cam dh lme kn xtau citer psl awk?Lme ker?Bleh la kot diktekn lame, ye la lebih dr sehari kn dh kira byk. Byk=Lme. Btul x awk?Mungkin awk rse lega, hepi, n tenang sejak smlm. n insyaAllah awk akn rse cmtu utk hari2 yg akan dtg. Awk, sy rse ader hikmahnyer pristiwa tu. Sy bru dpt rsekan hikmahnya tu. Klau perkara tu x berlku, mungkin sy xskuat ini utk xlkukan perkra yg mnjdi rutin harian sy sblum nie. Ye, memang sblum nie sy akan pstikn yg sy akn lkukn perkra tu stiap ari. Sy cube utk cri alsn spya sy dpt lkukn perkra tu. Tp, dlm mse yg sme, sy teringin utk tingglkn perkra tu. Tp, sy xberjye. But right now, alhamdulillah sy berjya. Tu la hikmahnyer atas peristiwa ari tu. Klau termsuk ari nie, dh 2 hari sy tingglkn perkra tu. Dgn keizinan n kekuatan yg Allah beri kat sy. :d Skrg nie sy berjye utk lkukn perkra yg x dpt sy lkukn sblum nie. Alhamdulillah. :d Dan sy nk mintk 1 pertlgn drpd awk. Tlg doakan supya sy dpt truskn tingglkn perkra nie, mungkin utk selama2nyer, terpulang pd keadaan. dan juga tlg doakan semoga Allah trus bg kekuatan kpd sy. :d Terima kasih ye, awk. Terima kasih sbb pinta perkra tu dr sy. Klau x, msti sy akan trus lkukn perkra tersbut smpai biler2. Trima kasih kerana m'hntikn sy dr trus melkuknnya. :d

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
****Alangkah indahnya jika kita melihat seseorang itu memanfaatkan pemberian kita. Bukan untuk kita berasa bangga, tetapi cukuplah sekadar kita berasa diri dan pemberian kita dihargai****

Saturday, March 14, 2009

now..

skrg:-
-acc ms sudah di delete :d sori dila.. :( sbb xreply ur cmmnt
smlm:-
-berjaya!berjaya utk x melakukan 1 perkara yg mnjdi rutin harianku slama ini!:d terima kasih Allah..
akan dtg:-
-teruskn misi utk tingglkn perkara tersebut buat selama2nyer.. :D

Friday, March 13, 2009

pandanganku..

biskut
mula2 nmpk..pastu xnmpk...
kita kat kwsn yg sme je..
tp, ssh nk nmpk awk..
awk larikan diri drpd kite ke
atau awk nk ajak kita main nyorok2?
atau mungkin mata kite dh rabun sgt kot..


pegi mana
awk msih ada kat tmpt yg kite ader jugak kn
kita di tmpt yg sme kn
atau awk berkira2 nk pindh tmpt?
biler kite boleh nmpk awk?
nmpk muka awk?
yg kite nmpk skrg nie hnyalah pandangan2 kabur jer..

mungkin ada baiknya
ye..mungkin ada kebaikannya..
kite xnmpk awk..
dan mungkin awk pun xnmpk kite kn
ader kebaikannya..
dgn xnmpk kite, mungkin emosi awk akan sntiasa stabil..

tika ini

susah
sukar untuk ubah sesuatu yg mmg sdh mnjdi kebiasaan kita..
terasa payah nak tukar rutin harian kita walaupun ianya hnya melibatkan 1 perkara saje..
memerlukan masa dan kekuatan..

sekarang
hari nie baru hari pertama..tapi, dh rse susah sgt..
kdg2 rse mcm nk klh je pd diri sndri..
nasib baik Allah kuatkan hati nie utk trus berjuang..
THANK YOU ALLAH..

Sunday, February 15, 2009

untuk dirimu

assalamualaikum..entri ini ditulis bukan untuk memalukan dirimu apatah lagi menjatuhkan maruahmu..entri ini hanyalah kata2 yang akan kuucapkan pabila berhadapan denganmu..tapi, disebabkan aku berasa kita tidak mungkin dapat bertemu, oleh itu aku menulisnya di sini untuk tatapanmu..

ya, memang aku akui aku cuba menjauhkan diriku daripadamu pada hari keramatmu..sudahku tekadkan dalam hatiku supaya tidak lagi berhubung denganmu apabila tiba detik keramatmu itu..dan alhamdulillah, aku dah berjaya untuk tidak menghubungimu selama 3 hari bermula pada hari keramatmu itu..aku lakukannya kerna aku hendak melupakan dirimu sebagai seseorang yang istimewa dalam hatiku..aku hanya mahu mengingatimu sebagai seorang sahabat yang aku sayangi..sebab itulah aku tidak menghubungimu..

aku tidak menghubungimu bukan kerna aku membencimu..bukan kerna aku mahu memutuskan persahabatan kita..tidak!tidak sama sekali..setiap manusia di muka bumi ini tidak mampu hidup keseorangan..setiap manusia itu perlu mempunyai sokongan yang bisa membawanya ke arah kejayaan..begitu juga aku..aku memerlukan dirimu sebagai sahabatku..sebagai seseorang yang bisa membantuku tatkala aku kesusahan..yang mampu menasihatiku di kala aku memerlukan..yang boleh memperbetulkan kesalahan-kesalahanku..

aku tahu..aku hanyalah seorang manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan..tapi, aku percaya, dirimu bisa menutup kelemahanku dengan kelebihanmu..dan diriku insyaAllah bisa menutup kelemahanmu dengan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepadaku..aku amat menyayangi dirimu sebagai salah seorang sahabatku..dan sudah tentu aku tidak mahu persahabatan kita tiada makna dan telerai begitu sahaja..aku tahu memang silapku kerna ada suatu hari itu, aku tidak memberi respon yang positif terhadap apa yang kau katakan..aku cuma sekadar tersenyum dan mengangguk..kemudian, aku terus berlalu..mungkin tindakanku itu menyakitkan hatiku..maafkan aku..

"maafkan aku kerna pernah mengumpatmu..maafkanku jika aku pernah menyakitkan hatimu, membuat dirimu berasa sedih atau mengecewakanmu..maafkan aku sekiranya perangai dan tingkah laku aku membuatkan dirimu tidak selesa bersahabat denganku..maafkanku kerna aku tahu, akulah orangnya yang telah banyak membebankan dirimu..terima kasih sebab dirimu sering membantuku, menghadiahkan sesuatu yang amat berharga..terima kasih atas nasihat, pertolongan dan segala-galanya..dan..terima kasih atas perasaanmu.."

itulah kata2 yang aku ingin menyatakan kepadamu pada hari keramatmu..namun, aku tidak berani untuk menyatakannya..sekarang ini, aku hanya mahu bersahabat denganmu..aku hanya ingin persahabatan ini berkekalan..selepas ini, aku tidak akan menjauhi dirimu kerna dirimu begitu berharga dalam kehidupanku..namun, aku tidak akan menghubungimu..maksudku, aku tidak akan menelefonmu jika tidak perlu..biarlah kita berhubung hanya di sekolah atau di alam maya sahaja..

Monday, February 9, 2009

special for you, my best friend

maafkanku
kerna pernah menyakiti hatimu
kerna pernah meminggirkan dirimu
kerna mensia-siakan dirimu
kerna mensia-siakan persahabatan ini
kerna menzalimi hatimu
kerna mengecewakanmu
kerna memusnahkan harapan dan impianmu

maafkanku
kerna tak bisa membuat dirimu tersenyum
kerna tak bisa menggembirakanmu
kerna tak bisa membantumu
kerna tak bisa berada di sampingmu tika susah dan senang
kerna tak bisa menjadi sahabat yang kau inginkan

kuakui
memang semua ini khilafku
semua ini kesilapanku
semua yang berlaku ini adalah berpunca daripda diriku sendiri
semua yang terjadi ini adalah kejahilanku sewaktu dahulu

mungkin
kita memang ditakdirkan
hanya bersahabat buat sementara sahaja
bukan untuk selama-lamanya

atau mungkin
ini adalah ujian dan dugaan
dalam persahabatan kita

tapi, sayang
kita berdua tidak mampu
untuk melaluinya
untuk menyelesaikannya sebaik mungkin
kerna aku adalah seorang insan yang terlampau lemah
dan tidak tahu untuk menyelesaikannya
aku terlalu bodoh untuk menghadapi semua ini

maafkanku, sahabatku

Saturday, February 7, 2009

bagai langit dan bumi

setelahku mengkaji dan meneliti
dari setiap segi, sudut dan aspek
memang terbukti dialah yang tertinggi
tinggi dalam segenap aspek
dia baik, dia pandai, dia cantik, dia jaga hati awak,
dia prihatin, dia bertoleransi, tutur katanya sopan,
tingkah lakunya penuh dengan adab,
tidak menyusahkan awak,
dan dialah segala-galanya bagi awak

tidak mampu untukku menandingi dirinya
kerna jurang perbezaan kami memang banyak dan besar
siapalah aku untuk menewaskan dirinya
aku hanyalah insan yang jahil
tidak layak untuk menandinginya

mungkin aku perlu menerima semua ini
redha dengan ketentuan ini
pasti ada hikmah disebaliknya

kubersyukur kerna dirimu
kembali tertawa dan gembira
walau bukan akulah penyebabnya..

Si Baju Hijau

mengapa bukan diriku di sisimu
kenapa bukan aku yang duduk di sebelahmu
mengapa bukan aku yang berlari bersamamu seperti 2 tahun yang lalu
kenapa bukan aku yang dapat membuat dirimu tersenyum

ya!itu memang persoalan-persoalan yang bodoh
tidak perlu bertanya dan bertanya
kerna jawapannya sudah ada
tapi, sukar untukku menerima kenyataan ini
walau seberapa banyak pun aku menangis
aku percaya bahawa dirimu lagi banyak menderita
disebabkan kejahilanku suatu ketika dahulu

buntuku memikirkan apa yang perlu aku lakukan
agar kita kembali seperti dahulu kala
penatku bertanya pada diriku
adakah lagi cara agar kita kembali seperti dahulu
apa yang aku dapat hanyalah tiada cara
tiada lagi jalan yang bisa mengembalikan semua ini kepada keadaan asal

itulah kenyataan dan hakikat yang perlu aku terima
aku perlu redha dengan semua yang berlaku
tapi, Ya Allah, susah untukku menerima semua ini
ya!memang silapku, memang salahku
tapi, adakah aku terus dipinggirkan sebegini rupa
aku tidak menyalahkan dirimu
kerna memang terbukti dirimu tidak bersalah langsung
cuma aku hanya terkilan kerana aku terlalu jahil dan bodoh suatu ketika dahulu
aku tidak langsung menjaga hatimu
hanya hatiku sahaja yang aku jaga

mungkin ini balasan atas segala perbuatanku
atau mungkin ini ujian untuk diriku
berikanlah aku perasaan redha terhadap semua yang berlaku ini, Ya Allah
berikanlah aku kekuatan agar aku tabah menghadapi semua ini, wahai Tuhanku..

Thursday, January 29, 2009

thinking..

cuba untuk pikir secara logik..menggunakan akal dan bukannya perasaan..
thinking about that..tapi, still tak dapat kelogikannya..
susahnya laa haii..

best!

salam..



hai, awak..awak apa kaba?sihat?ari tu kan awk, kite gi pp..jalan2 je..ngan nenek n sepupu kite..best tau awak..hehe..tp, perjalannya sangat jauh laa awk..sampai kite termimpi kite gi india!haha..giler kan..kite mimpi kite n family gi duk hotel yang ader laa gak star nyer..kitorang masa tu ngah pesan makanan..haha..sampai situ je kite mimpi..pastu kan awk, kite lalu satu jambatan nie..bawah dier ader orang tengah berkayak..ader dua orang..sorang laki n sorang perempuan..pelik2 je kan mimpi kite tu awak..hehe..padi banyak awak kat sana..kat sempadan kedah n pp..ader yang tengah masak..n ader yang dah dituai pun..







nie gambar bawah nie kan awak..sume sepupu2 kite..diorang kecik2 lagi..almaklum laa..diorang nie anak mak cik kite yang terakhir sekali..so, mesti laa kecik2 cili padi lagi kan..yang pastinya, diorang nie sume nyer cute2 awak..







pastu kan awak..kite ader gak gi kat tg dawai..alaa.tempat orang jual ikan2 sume tu awak..pendek kata..yang berkaitan ngan laut laa..



sebelum balik kl kan awak..kite gi singgah jap kat umah sewa abang kite..umah sewa tu dekat je ngan USM, Perak..lawa jugak U tu awak..besar sangat!tapi, UTP lagi besar, awak..hehe..





awak pulak pegi mana cuti2 nie awak?xnak share ngan kite ke awak?hmmmm........



Wednesday, January 28, 2009

terima kasih, awk


awk, terima kasih tau awk.sbb dh maafkn kite.mmg xsngka yg awk akn okeyy blikk ngn kite.kite bersyukur sgt245 awk.awk tau x ape yg kite rse??kite rse gmbira sgt awk!gmbira sgt28!!kite rse kite la mnusia yg pling gmbira skali, awk.terima kasih tau awk!terima kasih byk2!

tp, kite msih tertanya2.ape slh kite sbnrnyer?ape yg kite dh buat kat awk smpai awk boikot kite?smpai awk dh lain ngn kite?kite masih fikir n fikir, awk.tp, rsenyer hnya awk je yg ader skema jwpnnyer.ape slh kite awk?ape yg kite dh lakukan?

apa2pun awk.kite mintk maaf byk23.kite tau kslhn kite tu tntu mnyakitkn ati awk kn?smpai awk dh jrg skali nk ckp ngn kite thn lps.atau pun awk sbrnyer tertkn dgn pmr?tp, awk dpt 8A jugak kn, awk?mknanyer awk mmg pndai.kite dpt skit je awk.biler awk tye kat kite ape yg kite xdpt A tu.kite rse terharu n sedih awk.tu laa kali pertama awk tegur kite dlu setelah sekian lme kita x berckp.kite rse sedih sgt23 mse tu awk.kite rse mcm nk peluk awk je.kite rse mcm nk nangis je kat bahu awk ari tu.tp, biler kite tgk org lain sume gmbira dgn kputusn diorg, kite xjd nk nangis.kite xnk rosakkn mood diorg.tp, dlm hati..hanya ALLAH saje yg tahu..

pstu kn awk.mak awk ajk kite blik sme2.tp, kite tolak.sbb kite malu.kite xdpt 8A, awk.lgpun kita kn xokeyy lg mse tu.lps tu kn awk.kite ngn lain2 bergmbr sme2 awk.kite terpksa buat muka gmbira.dgn reaksi muka kite tu, msti org ingt kite dpt 8A.sbb muka mcm gmbira sgt, awk!pndai kite berlakon kn.lps dh abis sume tu kn, awk.kite pegi mkn2 ngn family iszatul.farah pun ader, awk.iszatul ingtkn nk ajk awk skali.tp, awk dh blik dlu.klau x, bleh mkn sme2 ngn awk.

awk, kite dgr klau awk dpt mrsm or sbp, ayh n mak awk xbpe bg sgt.btul ke awk?atau kite slh dgr, awk?kite nk tye kat awk.tp, kite asyik2 lupa je awk.sjk kebelakangan nie, memori kita xkuat awk.xtau knp.awk, terima kasih tau sbb sudi tumpangkn kite mse kete mak kite x elok.terima kasih byk23 awk.awk mmg baik.kite mintk maaf sbb kite selalu xbgtau awk klau kite blik lmbt hari tu ke.kite betul2 terlupa awk.klau kite ingt, kite rse mcm xbiasa nk call awk.sbb tu kite x ckp kite akn blik lmbt or x.maafkn kite tau, awk.

awk, biler awk luahkn mslh awk.yg psl awk xde kerusi tu.kite rse terharu awk.sbb awk sudi bgtau kite.kite mmg xsngka yg awk akn citer sume tu kat kite.tp, sori tau awk.sbb kite xdpt nk mmbntu.awk, mse perjumpaan puteri islam kn awk.kite gmbira sgt.sbb awk gmbira.awk lyn kite.awk gelak ngn lawak2 kite yg xbrpa lwk tu.terima kasih tau awk.sbb buat kite gmbira.

hanya pandangan yang berbicara


awk, awk sihat?


cuti yg sungguh membosankan!npe kna cuti??knpa wjud perktaan cuti tu?klau dlu, cuti tu mmg ssuatu yg best n dinntikn2 oleh sume pljr..but, skrg nie..rse cam xpyh laa ader cuti2 niee..xperlu n xpatut ada pun sbnrnyer!dh laa hw berlmbk..bukak skolah nnti..dh x nmpk dh muka2 pljr cmrlng..hmm..

kwn kwn kwn..maafkn kite sbb xmnghrgai awk.maafkn kite sbb skitkn ati awk..maafmaaf maaf maaf!xde perktaan lain ke..mmg xde pun..sbb kite dh buat slh kat awk.. xtau sma ada awk akn pindh ke x..dh laa ari jd awk lmbt lg..klau awk pindh, cmne kite nk bg kad ke or anything..tknik kuar bln 2..ari jd awk bln bpe..lmbt lg..awk apply tknik ke?kite xtau..klau awk dpt, awk akn pergi?awk akn tkr skolah ke?atau awk akan trus beada di skolah yg sme?jgn laa pindh klau boleh..tp, kite tau tu mse dpn awk gak.xpe la..awk nk pindh, pindh la..xpe2..kite xkisah..tp...

awk, awk sihat x?cmne ngn kls?ok?best x alirn sc?cikgu2 cmne?phm x diorg mngjr?ssh x sc?skrg nie kimia dh bljr smpai mne?dh ader wat experiment x?biology tu bljr psl ape ek?fizik tu psl formula ke, awk?bdk2 sc byk hw x?best x dpt kwn2 bru?diorg sume msti sporting kn?

awk, knp awk dh brhnti?knp awk jd pljr biasa plak, awk?sbb awk nk pindh skolah ek?or sbb awk xske ngn ktua tu?atau sbb awk nk rehat ngn kwn2 awk?awk, klau awk dpt mrsm, awk nk pindh jugak ke awk?awk mmg berazam utk pindh dr skolah lme nie ke, awk?atau awk nk trus kekal di skolah lme nie?

kite dh byk ketinggln psl perkmbgn awk..kite nk call awk..tp, xtau nk ckp ape..lgpun, tkut awk xske..kite nk ckp ngn awk kat skolah..tp, awk pernah kte..klau awk xckp ngn kite..kite xyah ckp ngn awk..kite nk msg awk..tp, kite tau awk xkn reply msg tu..awk, xde lg ke pluang utk kite?kite tau..awk mmg dh maafkn kite..tp, parut2 tu still ader kn, awk?n xkn hilang smpai biler2..kn awk?

apa2pun awk..kite ttp anggp awk kwn kite..walau 100 thn kita x berckp..kite akn ttp sygkn awk wlaupun kita dh lme x contact..kite akan ingt awk wlaupun awk pindh skolah lain n walaupun kita akan berpisah suatu hari nnti..

hanya doa yang menjadi pengantara


Friday, January 16, 2009

TIADA SIAPA YANG TAHU KECUALI DIA

Episod 5(episod terakhir)

DOA. Tiga abjad yang mempunyai makna yang tersendiri. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Berdoalah apa sahaja yang memberi kebaikan kepada kita, insyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Namun, sekiranya Allah tidak memakbulkannya, pasti terdapat hikmah yang tersembunyi. Janganlah kita bermuram durja kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Allah lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk hambanya-hambaNya. Mungkin apa yang kita inginkan itu akan memudaratkan diri kita. Siapa tahu, kan? Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui. Jikalau kita kehilangan kawan, ada hikmahnya. Mungkin Allah akan menggantikannya dengan seseorang yang lebih baik. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikannya sekiranya kita bersabar dengan ujian Allah itu.


"SEKIRANYA KITA MENYAYANGI SESEORANG, BERDOALAH AGAR DIA ADALAH JODOH KITA. MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA DAPAT BERSAMANYA SUATU HARI NANTI. DAN KALAU ORANG ITU ADALAH JODOH KITA, INSYAALLAH DOA ITU AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH"

Tuesday, January 13, 2009

TIADA SIAPA YANG TAHU KECUALI DIA

Episod 4

Hari baru. Semangat baru. Nafas baru. Azam baru. Dunia baru. Perangai baru. Pendek kata, semuanya baru dan ada perubahan. Nassna ingin merubah perangai silamnya. Lupakan kisah lalu. Lupakan kenangan lalu. Lupakan penderitaan lalu. Lupakan segala-galanya yang berlaku pada masa dahulu. Buat apa untuk dikenang kalau menyakitkan hati?Untuk apa perlu diingat dan disemat dalam hati sekiranya pengalaman lalu bisa menggoyahkan semangat baru?Tiada gunanya mengingati peristiwa lalu jika ianya tidak perlu. Pandanglah ke hadapan. Lihatlah peluang yang sudah tersedia. Carilah sinaran dan cahaya yang sedang menanti. Genggamilah ia sekuat mungkin sebelum ianya terlepas kembali. Jangan membuang masa dengan menangis dan terus menangis disebabkan kenangan lampau. Redhalah menerima ketentuan Ilahi walaupun ianya sukar untuk dilakukan. Tetapi, cubalah dahulu sebelum kita menyerah kalah. Pasti ada hikmah dan kebaikannya sendiri yang masih samar-samar lagi. Tapi, yakinlah bahawa ianya akan muncul jua suatu saat nanti. Tidak perlu menanti dan mengharap dia akan kembali. Tiada guna terhegeh-hegeh pada yang tak sudi. Biarkan dia. Lepaskanlah dia pergi ke mana-mana sahaja yang dia inginkan. Jangan memaksa dan menagih simpati agar dia kembali kepada kita. Terima sahaja keputusan dia dengan kerelaan hati walaupun sukar untuk diterima.Ya, mungkin kita akan sukar untuk melupakan dia. Itu memang fitrah manusia yang sukar untuk melupakan sesuatu atau seseorang yang pernah disayanginya. Tiada siapa yang berjaya melupakan seseorang atau sesuatu yang pernah disukainya dalam sekelip mata. Semuanya memerlukan masa. Segala-galanya memerlukan pengorbanan dan usaha yang datangnya daripada kita sendiri. InsyaAllah, akhirnya kita akan dapat melupakan sesuatu atau seseorang tersebut.

"Tapi, aku tak mungkin dapat melupakan dia. Aku tak mungkin dapat untuk membencinya. Aku tak mungkin dapat menghilangkan rasa suka dan kasihku padanya. Aku pasti akan mengingatinya senantiasa. Biarkanlah dia sahaja yang melupakan aku. Tapi, aku takkan sekali-sekali melupakan dia. Biarkanlah dia tidak ada lagi apa-apa perasaan padaku, asalkan perasaanku padanya masih kekal dan utuh. Biarkanlah dia dengan dunianya. Aku takkan mengganggunya. Tapi, aku akan sering mengikuti perkembangannya dari semasa dan semasa. Aku takkan ubah perasaanku padanya, insyaAllah," bisik Nassna dalam hatinya. Itulah semangat barunya.

Monday, January 12, 2009

TIADA SIAPA YANG TAHU KECUALI DIA


Episod 3

Hari ini Nassna berasa sungguh gembira. Tidak pernah dia berasa segembira ini bagi tahun baru 2009 ini. Inilah hari pertama yang benar-benar membahagiakan dirinya. Tidak tahu apa sebab dia berasa sedemikian rupa. Yang pasti, dirinya kembali gembira dan ceria. Terasa lapang dadanya bagaikan segala masalahnya telah selesai. Terbang dibawa angin. Kehidupannya kembali bersinar bak terik matahari yang memancar ke bumi. Semuanya berlaku atas kehendak DIA. Hanya DIA.

"In-te-lek-tual," sebut Nura mengikut irama yang didengarnya di salah sebuah program di kaca televisyen. Hanya perkataan itu sahajalah yang sering diucap-ucapkan olehnya. Entah rancangan apalah yang merasuk fikirannya. Dari pagi sampailah habis sekolah, hanya itu yang diungkapkannya. Namun perkataan itu berjaya menggembirakan semua orang tidak terkecuali juga Nassna. Nassna, Zuha, Nuza, Sutha dan Chandini merupakan kumpulan Nura bagi subjek PJK. Pelajar diminta untuk melakukan aktiviti senamrobik secara berkumpulan. PSIKO. Nama kumpulan yang merupakan idea daripada Nassna. Mungkin Nassna juga sudah dijangkiti penyakit Nura. Penyakit sekarang sudah pantas menular.


Sunday, January 11, 2009

TIADA SIAPA YANG TAHU KECUALI DIA

Episod 2

"Alhamdulillah, aku berjaya tak terlalu ingat pasal dier,"kata Nassna dalam hatinya sambil tersenyum. Sham. Orang yang sangat disukainya. Orang yang sangat dirinduinya. Mereka pernah bercouple. Tetapi kini semuanya telah hancur. Ranap. Punah. Hanya kerana DIA. Nassna redha. Nassna hanyalah seorang hamba. Dia perlu akur dengan segala perintah dan larangan DIA. Namun, sebagai manusia dia tidak terlepas daripada menangis sendirian. Menangis dan terus menangis. Tetapi hari ini, dia berjaya untuk tidak menangis! Sesuatu yang amat memberi kegembiraan kepada dirinya. Selama ini, itulah yang dia pinta. Itulah yang selalu dia pohon. Alhamdulillah, akhirnya DIA telah memakbulkan permintaannya. Hatinya telah kuat dan cekal untuk mengharungi semua ini disebabkan DIA.

Saturday, January 10, 2009

TIADA SIAPA YANG TAHU KECUALI DIA

Episod 1

Ketawa.Gelak.Gembira.Melalak.Memekak.Bising.Itu semua hanyalah lakonan yang telah berjaya dilakonkan oleh pelakon cilik yang berbakat, iaitu Nassna. "Aku rasa aku nak insaf la. Tak nak la lagi bising kat kelas," katanya di dalam hati.

Nassna: Wei, aku nak insaf tau. Aku nak diam je masa subjek BM nanti. Nak taubat ar. Asyik-asyik memekak je.
Zuha: Ye ke??boleh percaya ke nie?haha.
Nassna: Ye la. Tak caya ko tengok la nanti.haha.

Tiba waktu BM.

Zuha: Wei, jangan la cover gelak. Aku tak biasa la ko camnie. Rasa lain la plak.

Nassna hanya tersenyum. Dan akhirnya dia melepaskan ketawa yang cuba ditahannya. 4 Aman. Kelas yang mempunyai nama yang sungguh unik. Nassna sering bercakap dan memekak di dalam kelas. Mukanya jelas menunjukkan dirinya gembira. Tiada langsung riak sedih di wajahnya. Namun hati siapa yang dapat menduga hatinya? Insan mana yang dapat meneka rasa sedih di hatinya? Tiada siapa yang tahu rasa sedihnya. Hanya dirinya dan DIA. Hanya seorang sahaja rakannya yang mengetahui tentang dirinya. Tentang masalahnya. Iaitu Nuamy. Kepada dia sahajalah Nassna menceritakan segala-galanya. Namun, Nuamy tidak sama kelas dengannya. Itu yang menyukarkan mereka untuk berkomunikasi di kelas. Nuamy merupakan pelajar kelas 4 Damai.

Nassna sebenarnya sedih. Sedih yang teramat. Kehilangan rakan-rakan baiknya dalam sekelip mata sukar untuk ditelan. Suka untuk dilupakan. Apatah lagi mereka berada di satu sekolah yang sama. Cuma kelas sahaja yang berbeza. Pabila teringat akan mereka, pasti mudah sahaja 2 biji bebola matanya menitiskan air mata. Kini, mungkin dia terpaksa kehilangan seorang lagi sahabatnya. Mungkin. Dia tidak pasti. Yang pastinya, dia tidak kuat. Tidak mampu untuk kehilangan seorang lagi sahabatnya.