Episod 1
Ketawa.Gelak.Gembira.Melalak.Memekak.Bising.Itu semua hanyalah lakonan yang telah berjaya dilakonkan oleh pelakon cilik yang berbakat, iaitu Nassna. "Aku rasa aku nak insaf la. Tak nak la lagi bising kat kelas," katanya di dalam hati.
Nassna: Wei, aku nak insaf tau. Aku nak diam je masa subjek BM nanti. Nak taubat ar. Asyik-asyik memekak je.
Zuha: Ye ke??boleh percaya ke nie?haha.
Nassna: Ye la. Tak caya ko tengok la nanti.haha.
Tiba waktu BM.
Zuha: Wei, jangan la cover gelak. Aku tak biasa la ko camnie. Rasa lain la plak.
Nassna hanya tersenyum. Dan akhirnya dia melepaskan ketawa yang cuba ditahannya. 4 Aman. Kelas yang mempunyai nama yang sungguh unik. Nassna sering bercakap dan memekak di dalam kelas. Mukanya jelas menunjukkan dirinya gembira. Tiada langsung riak sedih di wajahnya. Namun hati siapa yang dapat menduga hatinya? Insan mana yang dapat meneka rasa sedih di hatinya? Tiada siapa yang tahu rasa sedihnya. Hanya dirinya dan DIA. Hanya seorang sahaja rakannya yang mengetahui tentang dirinya. Tentang masalahnya. Iaitu Nuamy. Kepada dia sahajalah Nassna menceritakan segala-galanya. Namun, Nuamy tidak sama kelas dengannya. Itu yang menyukarkan mereka untuk berkomunikasi di kelas. Nuamy merupakan pelajar kelas 4 Damai.
Nassna sebenarnya sedih. Sedih yang teramat. Kehilangan rakan-rakan baiknya dalam sekelip mata sukar untuk ditelan. Suka untuk dilupakan. Apatah lagi mereka berada di satu sekolah yang sama. Cuma kelas sahaja yang berbeza. Pabila teringat akan mereka, pasti mudah sahaja 2 biji bebola matanya menitiskan air mata. Kini, mungkin dia terpaksa kehilangan seorang lagi sahabatnya. Mungkin. Dia tidak pasti. Yang pastinya, dia tidak kuat. Tidak mampu untuk kehilangan seorang lagi sahabatnya.
Saturday, January 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment