Monday, January 12, 2009

TIADA SIAPA YANG TAHU KECUALI DIA


Episod 3

Hari ini Nassna berasa sungguh gembira. Tidak pernah dia berasa segembira ini bagi tahun baru 2009 ini. Inilah hari pertama yang benar-benar membahagiakan dirinya. Tidak tahu apa sebab dia berasa sedemikian rupa. Yang pasti, dirinya kembali gembira dan ceria. Terasa lapang dadanya bagaikan segala masalahnya telah selesai. Terbang dibawa angin. Kehidupannya kembali bersinar bak terik matahari yang memancar ke bumi. Semuanya berlaku atas kehendak DIA. Hanya DIA.

"In-te-lek-tual," sebut Nura mengikut irama yang didengarnya di salah sebuah program di kaca televisyen. Hanya perkataan itu sahajalah yang sering diucap-ucapkan olehnya. Entah rancangan apalah yang merasuk fikirannya. Dari pagi sampailah habis sekolah, hanya itu yang diungkapkannya. Namun perkataan itu berjaya menggembirakan semua orang tidak terkecuali juga Nassna. Nassna, Zuha, Nuza, Sutha dan Chandini merupakan kumpulan Nura bagi subjek PJK. Pelajar diminta untuk melakukan aktiviti senamrobik secara berkumpulan. PSIKO. Nama kumpulan yang merupakan idea daripada Nassna. Mungkin Nassna juga sudah dijangkiti penyakit Nura. Penyakit sekarang sudah pantas menular.


No comments: