Wednesday, September 23, 2009

bayangan semalam

assalamualaikum..
selamat menyambut aidilfitri..

Kadang2, dalam kita berseronok menjalani kehidupan kita, pasti akan ada elemen 'flashback' dalam minda kita. Kadang2, bila kita mahu melupakan semua kepahitan silam, pasti kenangan itu sentiasa mencucuk-cucuk minda kita untuk kita terus mengingatinya. Ada kenangan yang pahit, lucu, sedih, gembira dan manis. Tapi, yang sentiasa melekat di minda pastinya kenangan pahit dan sedih. Malah tidak kurangnya, ada di antara kita yang mungkin pernah mengalami episod hitam dalam hidup. Kebiasaannya, perkara sebeginilah yang menghantui minda kita dan adakalanya kita melakukan perkara yang sama sekali lagi. Ada kalanya kenangan2 seperti ini melunturkan semangat kita, azam kita untuk terus maju ke hadapan.

Kadang2, bila kita mengimbau balik sejarah lama, mungkin kita akan rasa diri kita nie dangkal, xberfikir dengan waras dan pelbagai lagi perkataan yg seumpama dengannya. Termasuklah penulis blog ini. Terasa bodohnya diri ini saat di tingkatan 1, 2, 3 dan awal tahun 2009. Senangnya diri ini leka dihanyut oleh aliran elektrik syaitan yang sentiasa mengalir setiap masa untuk menyesatkan manusia. Pemikiran dan hati pada ketika itu pastinya dikawal oleh syaitan dan juga nafsu. Mungkin bagi anda berkawan rapat tanpa batasan, bergaul mesra, saling menghubungi tanpa ada sebab musabab yang konkrit dan bercakap perihal perkara yang tidak berfaedah dengan lelaki yang bukan mahram adalah perkara yang biasa. Dan mungkin juga bagi anda 'couple' itu hanya perkara biasa yang silih berganti dalam hidup anda.Tapi, tahukah anda yang semua itu telah melampaui batasan syarak???!Penulis sekarang nie pun dalam proses pembelajaran dan pembaharuan diri sedikit demi sedikit. Setiap orang perlu berubah dan melakukan perubahan dalam hidup. Apa yang saya katakan nie adalah dalam konteks hubungan antara lelaki dan perempuan.


*Jadikan cabaran dan dugaan sebagai peluang dalam hidup

1 comment:

~PakKaramu~ said...

Beraya dengan maksud takbir