Episod 5(episod terakhir)
DOA. Tiga abjad yang mempunyai makna yang tersendiri. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Berdoalah apa sahaja yang memberi kebaikan kepada kita, insyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Namun, sekiranya Allah tidak memakbulkannya, pasti terdapat hikmah yang tersembunyi. Janganlah kita bermuram durja kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Allah lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk hambanya-hambaNya. Mungkin apa yang kita inginkan itu akan memudaratkan diri kita. Siapa tahu, kan? Hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui. Jikalau kita kehilangan kawan, ada hikmahnya. Mungkin Allah akan menggantikannya dengan seseorang yang lebih baik. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikannya sekiranya kita bersabar dengan ujian Allah itu.
"SEKIRANYA KITA MENYAYANGI SESEORANG, BERDOALAH AGAR DIA ADALAH JODOH KITA. MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA DAPAT BERSAMANYA SUATU HARI NANTI. DAN KALAU ORANG ITU ADALAH JODOH KITA, INSYAALLAH DOA ITU AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH"
Friday, January 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku suka yg part last tu.
hihi ;)
yee aku stuju giler22. aku pon ske gak.
Post a Comment