Episod 4
Hari baru. Semangat baru. Nafas baru. Azam baru. Dunia baru. Perangai baru. Pendek kata, semuanya baru dan ada perubahan. Nassna ingin merubah perangai silamnya. Lupakan kisah lalu. Lupakan kenangan lalu. Lupakan penderitaan lalu. Lupakan segala-galanya yang berlaku pada masa dahulu. Buat apa untuk dikenang kalau menyakitkan hati?Untuk apa perlu diingat dan disemat dalam hati sekiranya pengalaman lalu bisa menggoyahkan semangat baru?Tiada gunanya mengingati peristiwa lalu jika ianya tidak perlu. Pandanglah ke hadapan. Lihatlah peluang yang sudah tersedia. Carilah sinaran dan cahaya yang sedang menanti. Genggamilah ia sekuat mungkin sebelum ianya terlepas kembali. Jangan membuang masa dengan menangis dan terus menangis disebabkan kenangan lampau. Redhalah menerima ketentuan Ilahi walaupun ianya sukar untuk dilakukan. Tetapi, cubalah dahulu sebelum kita menyerah kalah. Pasti ada hikmah dan kebaikannya sendiri yang masih samar-samar lagi. Tapi, yakinlah bahawa ianya akan muncul jua suatu saat nanti. Tidak perlu menanti dan mengharap dia akan kembali. Tiada guna terhegeh-hegeh pada yang tak sudi. Biarkan dia. Lepaskanlah dia pergi ke mana-mana sahaja yang dia inginkan. Jangan memaksa dan menagih simpati agar dia kembali kepada kita. Terima sahaja keputusan dia dengan kerelaan hati walaupun sukar untuk diterima.Ya, mungkin kita akan sukar untuk melupakan dia. Itu memang fitrah manusia yang sukar untuk melupakan sesuatu atau seseorang yang pernah disayanginya. Tiada siapa yang berjaya melupakan seseorang atau sesuatu yang pernah disukainya dalam sekelip mata. Semuanya memerlukan masa. Segala-galanya memerlukan pengorbanan dan usaha yang datangnya daripada kita sendiri. InsyaAllah, akhirnya kita akan dapat melupakan sesuatu atau seseorang tersebut.
"Tapi, aku tak mungkin dapat melupakan dia. Aku tak mungkin dapat untuk membencinya. Aku tak mungkin dapat menghilangkan rasa suka dan kasihku padanya. Aku pasti akan mengingatinya senantiasa. Biarkanlah dia sahaja yang melupakan aku. Tapi, aku takkan sekali-sekali melupakan dia. Biarkanlah dia tidak ada lagi apa-apa perasaan padaku, asalkan perasaanku padanya masih kekal dan utuh. Biarkanlah dia dengan dunianya. Aku takkan mengganggunya. Tapi, aku akan sering mengikuti perkembangannya dari semasa dan semasa. Aku takkan ubah perasaanku padanya, insyaAllah," bisik Nassna dalam hatinya. Itulah semangat barunya.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah , berbakat sungguh naad ! :D
btw , jodoh tu Allah dah tentukan kan ?
kalau kite berharap , tapi Allah kate dye bukan utk kite ,
kite ttp kene berpisah dengan dye .
err . poyo kejap . hehe :)
Salam..
wah..bgus2..
berserah saja, kuatkan hati yer..=)
p/s:sALAM ~ ada award utk kamu...=)
Post a Comment