Thursday, September 24, 2009

mungkin inilah hikmahnya

"SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA"

Kata2 itu pasti seringkali kita dengar tatkala ingin memujuk rakan yang menghadapi dugaan n ujian. Tapi, ia bukan sekadar untuk menenangkan bahkan kata2 itu adalah kebenaran yg tidak perlu kita ragui.

Baru diri ini tersedar ada hikmah di sebalik perpisahan dan pergaduhan yang pernah berlaku. Walaupun kehilangan rakan yang amat disayangi, tapi, Allah telah mengurniakan ramai rakan yang lain kepadaku. Malah, rakan2 lama pun telah dapat dihubungi. Terasa kenikmatan tatkala dapat berhubung semula dengan rakan2 lama, dapat berjumpa dengan rakan yang berpindah sekolah. Terasa hilang semua kesedihan yang dialami. Tapi, diri ini tidak pernah berputus asa, sentiasa berharap yang rakan yang amat disayangi itu menerima kembali diriku ini.

25 september 09

memang terasa best kalau dapat beraya ngan orang yang kita sayang
dalam konteks nie, kawan2 okey.
bukannya 'gf", 'bf', or apa2 je yg sewaktu dgnnya.
wlaupun pegi umah bape buah je, tapi terasa gak ksronoknnyerr
rse cam tiap2 thn nk gi braya ngn diorg lg
n rse mcm nk jdkn beraya sma2 nie sbgai amln tradisi smpai la ke tuaaa.
dah merepek.

kalau bole nk gak wat 'reunion' ke,
nk gak gi umah dila, makan2 sume tu
tp, esk de org nk dtg
xkesmpaian laa nmpknyaa
sorii tau dila.

Wednesday, September 23, 2009

bayangan semalam

assalamualaikum..
selamat menyambut aidilfitri..

Kadang2, dalam kita berseronok menjalani kehidupan kita, pasti akan ada elemen 'flashback' dalam minda kita. Kadang2, bila kita mahu melupakan semua kepahitan silam, pasti kenangan itu sentiasa mencucuk-cucuk minda kita untuk kita terus mengingatinya. Ada kenangan yang pahit, lucu, sedih, gembira dan manis. Tapi, yang sentiasa melekat di minda pastinya kenangan pahit dan sedih. Malah tidak kurangnya, ada di antara kita yang mungkin pernah mengalami episod hitam dalam hidup. Kebiasaannya, perkara sebeginilah yang menghantui minda kita dan adakalanya kita melakukan perkara yang sama sekali lagi. Ada kalanya kenangan2 seperti ini melunturkan semangat kita, azam kita untuk terus maju ke hadapan.

Kadang2, bila kita mengimbau balik sejarah lama, mungkin kita akan rasa diri kita nie dangkal, xberfikir dengan waras dan pelbagai lagi perkataan yg seumpama dengannya. Termasuklah penulis blog ini. Terasa bodohnya diri ini saat di tingkatan 1, 2, 3 dan awal tahun 2009. Senangnya diri ini leka dihanyut oleh aliran elektrik syaitan yang sentiasa mengalir setiap masa untuk menyesatkan manusia. Pemikiran dan hati pada ketika itu pastinya dikawal oleh syaitan dan juga nafsu. Mungkin bagi anda berkawan rapat tanpa batasan, bergaul mesra, saling menghubungi tanpa ada sebab musabab yang konkrit dan bercakap perihal perkara yang tidak berfaedah dengan lelaki yang bukan mahram adalah perkara yang biasa. Dan mungkin juga bagi anda 'couple' itu hanya perkara biasa yang silih berganti dalam hidup anda.Tapi, tahukah anda yang semua itu telah melampaui batasan syarak???!Penulis sekarang nie pun dalam proses pembelajaran dan pembaharuan diri sedikit demi sedikit. Setiap orang perlu berubah dan melakukan perubahan dalam hidup. Apa yang saya katakan nie adalah dalam konteks hubungan antara lelaki dan perempuan.


*Jadikan cabaran dan dugaan sebagai peluang dalam hidup

tarikh2 penting

6 januari
18 januari
26 januari
11 februari
2 mac
8 april
26 mei
2 jun
9 jun
11 jun
14 jun
5 julai
6 julai
14 ogos
16 september
22 september
18 disember

*setakat nie, tarikh2 nie yg ada kepentingannya yg tersendiri

Friday, September 18, 2009

hanya kenikmatan di dunia sahaja

assalamualaikum..

memang x dapat dinafikan rasa best bila berhubung dengan orang yang dah lama x bersua.
terlalu banyak perkara yang ingin dikatakan, ingin dikongsikan.
terlalu banyak perkara yang ingin ditanya, ingin diketahui.
tapi, kadang2 apa yang kita bicarakan kebanyakannya tidak berfaedah sama sekali
namun kalau orang itu adalah bukan mahram kita, adakah kita akan rasa kenikmatan berhubung dengannya?
ye, memang kita akan rasa best, raa seronok berhubung dengannya.
tapi, itu semua hanya di dunia sahaja dan hanya sementara sahaja.
di akhirat kelak, bagaimanakah nasib kita?
jadi, ambillah tindakan untuk berhenti daripada menghubunginya.
atau bicarakanlah perkara2 yang penting sahaja.
bukan bermakna kita ingin memutuskan persahabatan.
tapi, ini untuk kebaikan masing2.



SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1430H