AKU TIDAK MAMPU!
Aku tidak mampu untuk melawan perasaan yang telah lama bermukim di dalam diriku ini. Aku tidak bisa untuk melenyapkan rasa rindu dan sayangku terhadap dirinya. Semakin kucuba, semakin kurindu terhadapnya. Aku kalah! Aku tewas dengan perasaan diriku dan juga hasutan syaitan! Tetapi, aku sedar. Aku telah melakukan dosa dengan mengingatinya. Aku telah berjaya mengumpul bertimbun-timbun dosa dengan sering merinduinya. Aku mahu perbetulkan semua ini. Aku menyesal kerna aku telah kalah denganmu, SYAITAN! Aku mahu menjadi seorang wanita yang solehah. Aku mahu berubah menjadi seorang hambaMU yang taat kepada perintah dan laranganMu, YA ALLAH. Bantulah aku, YA ALLAH! Ilhamkanlah kepada diriku bagaimana caranya untuk aku memberitahunya! Berikanlah aku petunjuk, YA ALLAH! Aku mahu menghentikan semua ini. Aku tidak mahu perkara ini terus berlanjutan dan akhirnya akan memakan diriku. Ya! Memang aku sayang dirinya. Tetapi aku tahu perasaan itu telah mendatangkan dosa kepadaku. Aku mahu melupakan dirinya, YA ALLAH.
CINTA. Memang besar nikmatnya jika berpaksikan pada CINTA TERHADAP ALLAH. Tetapi, jika ianya berlandaskan nafsu semata-mata, ianya akan mendatangkan keburukan kepada dua insan yang sedang bercinta. Lelaki dan perempuan perlu ada batas-batas dalam pergaulan. Tidak boleh sesuka hati melanggar atau mengenepikan batas-batas yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Siapa kita untuk menghalang hukum ALLAH? Kita hanya hambaNya yang perlu taat dan patuh pada perintahNya. Tetapi, kita sebagai manusia memang selalu terpedaya dengan tipu helah syaitan yang hanya mahu menghancurkan anak-anak Adam. Kadang-kadang kita tidak bisa menahan nafsu kita. Kita tidak mampu untuk melawan perasaan kita. Dan ketika itu, segala larangan ALLAH kita ketepikan. Kita perlu kuat untuk berperang dengan nafsu diri kita sendiri dan kita perlu kuat untuk menangkis segala godaan dan tipu daya syaitan itu!

nadzirah ahmad
27 disember 2008
5:24 petang
27 disember 2008
5:24 petang